(Article in Malay)
Hahhh tk susah sebenarnye nk mencipta kebahagiaan kita sendiri. Nih ade petua yg i jumpe mase termenung ingat kat ORANG JAUH.."heee3x!~"
Petua bagi suami untuk menambat hati isteri.
Ok..Apa kata kalau suami.....
1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
7. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
8. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.Allah jadikan Hawa itu dari tulung rusuk kiri Adam, maka tanpa Adam tiadalah Hawa.
11. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
12. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.(Penting nih tau sbb org pompuan rasenyee cpt risau..tk caye cube tgk mak kite..kan!)
13. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
14. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.-Yelaa kadang2 suami perlukan masa untuk diri mereka sendiri.But don't forget to let ur wife know.
15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
16. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
17. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
18. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
19. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
10.Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ". -Kalu wat cenggini konpemm isteri tuu terharu!~
11. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
12. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
13. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
14. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
15. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
16. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
17. Sentiasa lakukan ibadah bersama. (hahh yg nih digalakkan sbb dah kata suami ketua keluarga..kan syok kalu dapat solat same2 selalu.)
18. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
19. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama. ("Hurmmm wanginyee sayang" - Nih yg buat abg geram..)
20. Urut belakang isteri sekali sekala.
21. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual. (Alamakk nih yang tk pastii nih bulehh ke buat eyh..)
22. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
23. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
24. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan. (Nihh tidak..mase mula2 bercinta tuu berkepit je,dahh kawin kononnye rimas..cehh!)
25. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
26. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
27. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
28. Lebihkan isteri daripada anak-anak.
29. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
30. Seeloknya masuk tidur serentak.
31. Belai isteri sebelum pergi kerja.
32. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan."terima kasih sayang" - Hahh kan sedap tuu..Pasti isteri suka untuk "berkhidmat" untuk suami.
33. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
34. Lakukan riadah bersama isteri.
35. Pergi berkelah sekali sekala.
36. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala
"Psstt..Amacamm mesti si isteri seronok kan kalu sang suami ade buat salah satu daripada perkara di atas nih..."
Ehh choppp lupe plak, si isteri pon buleh jugak wat camni..mesti sejuk rumah tangga..Penuh ngn kasih dan sayang..
Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 2023
11 months ago
3 comments:
tips yg bagus.. semoga semua bakal2 pengatin dapt membacanya.. utk menjamin kebahagiaan didunia dan akhirat..amin...
waa...sronoknye kawen kalo husband mcm ni yek. xsabar...;-d
buleh ke nk jadi yg terbaik nih ek..
alamakk kena tnye si dia laa..
(^_~)
Post a Comment