Dari Amru Bin Ash Radiallahuanhu :
Lelaki adalah terdiri dari tiga kategori:Lelaki yang sempurna
Lelaki yang bersifat separuh lelaki
Lelaki yang tidak bersifat lelaki
Lelaki yang sempurna adalah lelaki yang
disempurnakan oleh ALLAH agama dan akalnya,
apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,
dia sentiasa meminta pandangan daripada orang-orang
yang mempunyai pandangan menyebabkan dia sentiasa
membuat keputusan yang tepat.
Manakala lelaki yang bersifat separuh lelaki pula
adalah lelaki yang tidak disempurnakan oleh ALLAH
agama dan akalnya,
apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,
dia tidak meminta pandangan daripada
sesiapapun sebaliknya dia berkata:
"Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan
pandangannya mengikut kesesuaian",
menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang tepat dan
kadangkala dia membuat keputusan yang salah.
Adapun lelaki yang tidak bersifat lelaki pula
ialah lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal
fikiran sedikitpun menyebabkan dia sentiasa
membuat tindakan yang silap.
Kemudian Amru berkata:
"Demi ALLAH!
Sesungguhnya aku akan meminta pandangan daripada sesiapa
sahaja mengenai sesuatu perkara walaupun daripada pembantu aku."
3 comments:
semoga semua lelaki yg baca post ni jadik lelaki yg sempurna... amin..
amin
(Aminnnnnnnn)
Sape yg tanak jadik sempurna..
Ermmm mudah2an ramai lelaki yg sempurna dari yg tk sempurna..
kekekekeke~
Post a Comment